"Kita adalah kaum yang Allah muliakan dengan Islam, jika kita cuba mencari kemuliaan selain daripada Islam kita akan dihina oleh Allah."
-Saidina Umar Al Khattab-
Mengapakah kita sering mencari kemuliaan dan nikmat selain Islam? Adakah kerana kita terpedaya dengan hawa nafsu dan lahirnya sifat 'wahan'(cinta dunia)? Munkgin juga kerana belum merasai kemanisan Iman yang kita impikan?
Semuanya bergantung kepada usaha kita sendiri. Hidayat Allah tidak akan datang bergolek jika kita tidak berusaha mencari-Nya dan berdoa agar diberikan hidayat. Manusia yang mencari pasti akan menjumpai, seperti yang kita lihat ramai 'saudara baru' yang menganut Islam. Mereka menjumpai Tuhan yang sebenar kerana usaha mereka dan jalan yang diusahakan itu adalah jalan yang benar.
Semoga kita semua bersama-sama menuju ke arah kejayaan dan tidak dipesongkan kita daripada jalan kebenaran, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment