Perjalanan Hamba yang Dhoif: Kes Air Zam zam
hasbunallah wa ni’mal wakil , ni’mal maula wa ni’man nashir

Monday, May 16, 2011

Kes Air Zam zam


Baru-baru ini dunia Islam digemburkan dengan kes penemuan bahan kimia 'carcinogenic' di dalam air Zam zam yang ditemui oleh para sarjana di UK.

Tuduhan seperti bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia Islam yang sering mendapat fitnah serta tohmahan dari para pembenci kebenaran. Adapun hal ini merupakan isu yang amat sensitif seperti mana kes 'hari pembakaran Al Quran' dahulu.

Arsenik(arsenic) merupakan bahan 'carcinogenic' yang dikatakan terdapat di dalam air Zam zam yang di jual di sekitar UK. Kerajaan Arab Saudi telah melarang pengambilan air Zam zam ini bagi tujuan komersil. Maka dapatlah kita ketahui di sini bahawa penjualan air Zam zam di kedai buku sekitar UK merupakan jualan secara haram. Mungkinkah hanya air yang dijual itu sahaja yang mengandungi bahan kimia berbahaya tersebut.

Pihak BBC mengatakan bagi membezakan mereka telah mengambil sampel air Zam zam yang asli yang diambil daripada telaga Zam zam sendiri. Setelah dikaji mereka menemui bahan yang sama dengan apa yang ditemui di dalam air Zam zam yang dijual.

Perkara ini amatlah sensitif di kalangan umat Islam kerana sudah diketahui lama sejak penemuannya di zaman Nabi Ibrahim A.S oleh Nabi Ismail A.S air Zam zam merupakan penawar yang mustajab. Berjuta-juta atau mungkin lebih telah meminum air Zam zam ini, pernahkah kita mendengar kes yang dilaporkan tentang peminumnya mendapat kanser setelah meminum air Zam zam ini?

Diharap pihak UK dan Arab Saudi mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam kerana perkara ini memberi kesan kepada semua orang Islam. Perkara seperti ini menggoyangkan akidah orang Islam. Para sarjana Islam perlu membantu menegakkan kebenaran kerana tuduhan-tuduhan seperti ini akan terus datang jika tidak ditepis dengan cara ilmiah.

No comments:

Post a Comment