Perjalanan Hamba yang Dhoif
hasbunallah wa ni’mal wakil , ni’mal maula wa ni’man nashir

Monday, May 16, 2011

Kes Air Zam zam


Baru-baru ini dunia Islam digemburkan dengan kes penemuan bahan kimia 'carcinogenic' di dalam air Zam zam yang ditemui oleh para sarjana di UK.

Tuduhan seperti bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia Islam yang sering mendapat fitnah serta tohmahan dari para pembenci kebenaran. Adapun hal ini merupakan isu yang amat sensitif seperti mana kes 'hari pembakaran Al Quran' dahulu.

Arsenik(arsenic) merupakan bahan 'carcinogenic' yang dikatakan terdapat di dalam air Zam zam yang di jual di sekitar UK. Kerajaan Arab Saudi telah melarang pengambilan air Zam zam ini bagi tujuan komersil. Maka dapatlah kita ketahui di sini bahawa penjualan air Zam zam di kedai buku sekitar UK merupakan jualan secara haram. Mungkinkah hanya air yang dijual itu sahaja yang mengandungi bahan kimia berbahaya tersebut.

Pihak BBC mengatakan bagi membezakan mereka telah mengambil sampel air Zam zam yang asli yang diambil daripada telaga Zam zam sendiri. Setelah dikaji mereka menemui bahan yang sama dengan apa yang ditemui di dalam air Zam zam yang dijual.

Perkara ini amatlah sensitif di kalangan umat Islam kerana sudah diketahui lama sejak penemuannya di zaman Nabi Ibrahim A.S oleh Nabi Ismail A.S air Zam zam merupakan penawar yang mustajab. Berjuta-juta atau mungkin lebih telah meminum air Zam zam ini, pernahkah kita mendengar kes yang dilaporkan tentang peminumnya mendapat kanser setelah meminum air Zam zam ini?

Diharap pihak UK dan Arab Saudi mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam kerana perkara ini memberi kesan kepada semua orang Islam. Perkara seperti ini menggoyangkan akidah orang Islam. Para sarjana Islam perlu membantu menegakkan kebenaran kerana tuduhan-tuduhan seperti ini akan terus datang jika tidak ditepis dengan cara ilmiah.

Kemuliaan Selain Islam

‎"Kita adalah kaum yang Allah muliakan dengan Islam, jika kita cuba mencari kemuliaan selain daripada Islam kita akan dihina oleh Allah."

-Saidina Umar Al Khattab-

Mengapakah kita sering mencari kemuliaan dan nikmat selain Islam? Adakah kerana kita terpedaya dengan hawa nafsu dan lahirnya sifat 'wahan'(cinta dunia)? Munkgin juga kerana belum merasai kemanisan Iman yang kita impikan?

Semuanya bergantung kepada usaha kita sendiri. Hidayat Allah tidak akan datang bergolek jika kita tidak berusaha mencari-Nya dan berdoa agar diberikan hidayat. Manusia yang mencari pasti akan menjumpai, seperti yang kita lihat ramai 'saudara baru' yang menganut Islam. Mereka menjumpai Tuhan yang sebenar kerana usaha mereka dan jalan yang diusahakan itu adalah jalan yang benar.

Semoga kita semua bersama-sama menuju ke arah kejayaan dan tidak dipesongkan kita daripada jalan kebenaran, InsyaAllah.

Thursday, February 24, 2011

Dilarang Menyembunyikan Ilmu

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu lalu ia menyembunyikannya, maka ia akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan kekang daripada api neraka”.


Hadis Riwayat Abu Daud, At Tirmizi

Friday, December 10, 2010

seorang

Seorang mukmin melihat dosanya seperti

sebuah gunung yang menggantung di atas

kepalanya dan merasa takut akan menjatuhinya.

Sedangkan seorang munafik melihat dosanya

seperti seekor lalat yang hinggap di

hidungnya, lalu ia berusaha mengusirnya

agar terbang meninggalkannya"[HR Bukhari]

Friday, December 3, 2010

CINTA

Cinta?
Ramai hambamu kata cinta itu kejam,kerana mereka tidak kenal cintamu ya Rahim
Ramai hambamu kata cinta itu beban,kerana mereka memahami cintamu YA RAHMAN
Ramai hambamu kata cinta itu merosakkan,kerana mereka tidak berubat dengan cintaMU YA KUDDUS
Ramai hambamu mengatakan cinta itu kotor,kerana mereka tidak bersuci dengan cintamu YA RAOUF

Ramai hambamu mengatakan cinta itu Buta,kerana mereka tidak melihat dengan cintamu YA BASIR

Wednesday, December 1, 2010

JIKA

JIKA HATI SEPUTIH AWAN, JANGAN BIARKAN IA MENDUNG.

JIKA HATI SEJERNIH AIR, JANGAN BIARKAN IA KERUH.

JIKA HATI SEINDAH BULAN, HIASI IA DENGAN IMAN.


Tuesday, November 30, 2010

CINTA

Saya suka dengan satu kata-kata Al-Mutanabbi berkenaan cinta. Katanya:
“ Cinta itu lebih tua dari alam ini, kerana atas dasar cintalah TUHAN menciptakan alam ini”

Hamka ada berkata,
“ Cinta itu suci, cinta itu tidak buta, cinta itu adalah kepunyaan ALLAH semata-mata. Yang tidak

KITA TAHU!

Kita tahu dunia sementara, tapi kita masih leka

Kita tahu qiamat dah nak dekat, tapi kita masih membuang masa

Kita tahu syurga itu amat indah, tapi kita masih nak kejar nikmat dunia

Kita tahu ujian tanda Allah s.w.t sayang tapi kita masih mengeluh,

Kita tahu menuntut ilmu itu ibadah, tapi macam tak rela jer pegang buku tu

Kita tahu apa yang kawan buat itu salah, tapi kita masih tak tegur(buat-buat buta?!)

Kita tahu nikmat kurniaan Allah s.w.t amat banyak, tapi asyik nak ‘komplen’ jer

Kita tahu kita nak rahmat Allah s.w.t, tapi kenapa masih mengharapkan pujian manusia??

Kita tahu kita boleh ke syurga atau neraka, tapi masih pilih neraka , “Ehh, betul ke??”

Kita tahu amalan kita akan ditimbang , tapi agak-agak yang mana berat lagi??

Kita tahu Allah s.w.t itu maha Melihat, tapi “Apa yang kita buat tadi??”

Kita tahu Allah s.w.t itu Maha Mengetahui, tapi kita masih dok ngumpat dalam hati,

Kita tahu ilmu agama kita sikit, tapi tak nak tambah lagi

Kita tahu kita boleh mati bila-bila masa tapi kita masih tak tobat lagi

Kita tahu …………tapi???

Di hari kebangkitan nanti apabila Tuhan bertanya, engkau nak jawab apa???!!

Aku tahu , tapi………………..??

Firman Allah s.w.t

“Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan.Sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu).Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya”Surah As-Syams ayat 9-10

YA TUHANKU

Tuhanku….

ketika hati menangis, hanya kau saja yg tahu

Tuhanku….

Ketika mereka meninggalkan aku sendiri

Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku

PadaMu tempatku menagih kasih

Ketenangan kurasa mendekatiMu

Syahdu malam tak terasa sunyi

Tuhanku….

Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cobaan

Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar arti kematangan

Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan

Pada mereka yang pernah melupakanku

Tuhanku….

Ketika aku buntu

Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan

Kau tak biarkan aku sendirian

Tuhanku….

Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira

Syukurku melangit pun tak tercapai

Sungguh aku merasa berdosa karena dulu sering lalai

Semoga penyesalanku Kau terima

KITA...

kita merasakan sedih apabila berpisah dengan makhluk,tapi kita tidak merasa sedih cerai pada YA RAHIM
kita merasa bahagia cinta akan makhluk,tapi kita tidak ingin merasai cinta Hakiki yang penuh kebahagiaan
kita mencari harta di bumiNYA,tapi kita tidak mencari keredhaanNYA untuk ke Akhirat
kita mencari cinta yang fana dan tidak kekal,tapi kita tidak mencari cinta yang ABADI YA RABBI
kita merasa sunyi jika tiada kawan,tapi kita tidak pula mahu berteman dengan YA LATIF
kita harapkan pemberian Makhluk,tapi kita tidak pernah ingat pada YA WAHAB
kita harapkan kesenangan,tapi kita lupa pada YA MUQIT
kita selalu mencari kesalahan makhluk,tapi kita lupa pada YA RAQIB
kita mengatakan seseorang itu mulia,tapi kita lupa kepada YA MAJID
kita mengatakan diri kita hebat,tapi kita lupa kepada YA MATIN
kita cintakan hidup,tapi kita lupa kepada YA MU'MIT
kita benci apabila orang beri bantuan seakan menghina,tapi kita lupa pada YA QAYYUM
kita perlukan bantuan,tapi kita lupa pada YA SOMAD
kita mengagungkan makhluk,tapi kita lupa pada YA MUTA'ALI
apakah kita ini?