Perjalanan Hamba yang Dhoif: November 2010
hasbunallah wa ni’mal wakil , ni’mal maula wa ni’man nashir

Tuesday, November 30, 2010

CINTA

Saya suka dengan satu kata-kata Al-Mutanabbi berkenaan cinta. Katanya:
“ Cinta itu lebih tua dari alam ini, kerana atas dasar cintalah TUHAN menciptakan alam ini”

Hamka ada berkata,
“ Cinta itu suci, cinta itu tidak buta, cinta itu adalah kepunyaan ALLAH semata-mata. Yang tidak

KITA TAHU!

Kita tahu dunia sementara, tapi kita masih leka

Kita tahu qiamat dah nak dekat, tapi kita masih membuang masa

Kita tahu syurga itu amat indah, tapi kita masih nak kejar nikmat dunia

Kita tahu ujian tanda Allah s.w.t sayang tapi kita masih mengeluh,

Kita tahu menuntut ilmu itu ibadah, tapi macam tak rela jer pegang buku tu

Kita tahu apa yang kawan buat itu salah, tapi kita masih tak tegur(buat-buat buta?!)

Kita tahu nikmat kurniaan Allah s.w.t amat banyak, tapi asyik nak ‘komplen’ jer

Kita tahu kita nak rahmat Allah s.w.t, tapi kenapa masih mengharapkan pujian manusia??

Kita tahu kita boleh ke syurga atau neraka, tapi masih pilih neraka , “Ehh, betul ke??”

Kita tahu amalan kita akan ditimbang , tapi agak-agak yang mana berat lagi??

Kita tahu Allah s.w.t itu maha Melihat, tapi “Apa yang kita buat tadi??”

Kita tahu Allah s.w.t itu Maha Mengetahui, tapi kita masih dok ngumpat dalam hati,

Kita tahu ilmu agama kita sikit, tapi tak nak tambah lagi

Kita tahu kita boleh mati bila-bila masa tapi kita masih tak tobat lagi

Kita tahu …………tapi???

Di hari kebangkitan nanti apabila Tuhan bertanya, engkau nak jawab apa???!!

Aku tahu , tapi………………..??

Firman Allah s.w.t

“Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan.Sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu).Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya”Surah As-Syams ayat 9-10

YA TUHANKU

Tuhanku….

ketika hati menangis, hanya kau saja yg tahu

Tuhanku….

Ketika mereka meninggalkan aku sendiri

Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku

PadaMu tempatku menagih kasih

Ketenangan kurasa mendekatiMu

Syahdu malam tak terasa sunyi

Tuhanku….

Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cobaan

Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar arti kematangan

Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan

Pada mereka yang pernah melupakanku

Tuhanku….

Ketika aku buntu

Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan

Kau tak biarkan aku sendirian

Tuhanku….

Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira

Syukurku melangit pun tak tercapai

Sungguh aku merasa berdosa karena dulu sering lalai

Semoga penyesalanku Kau terima

KITA...

kita merasakan sedih apabila berpisah dengan makhluk,tapi kita tidak merasa sedih cerai pada YA RAHIM
kita merasa bahagia cinta akan makhluk,tapi kita tidak ingin merasai cinta Hakiki yang penuh kebahagiaan
kita mencari harta di bumiNYA,tapi kita tidak mencari keredhaanNYA untuk ke Akhirat
kita mencari cinta yang fana dan tidak kekal,tapi kita tidak mencari cinta yang ABADI YA RABBI
kita merasa sunyi jika tiada kawan,tapi kita tidak pula mahu berteman dengan YA LATIF
kita harapkan pemberian Makhluk,tapi kita tidak pernah ingat pada YA WAHAB
kita harapkan kesenangan,tapi kita lupa pada YA MUQIT
kita selalu mencari kesalahan makhluk,tapi kita lupa pada YA RAQIB
kita mengatakan seseorang itu mulia,tapi kita lupa kepada YA MAJID
kita mengatakan diri kita hebat,tapi kita lupa kepada YA MATIN
kita cintakan hidup,tapi kita lupa kepada YA MU'MIT
kita benci apabila orang beri bantuan seakan menghina,tapi kita lupa pada YA QAYYUM
kita perlukan bantuan,tapi kita lupa pada YA SOMAD
kita mengagungkan makhluk,tapi kita lupa pada YA MUTA'ALI
apakah kita ini?


Saturday, November 27, 2010

Rasa Cinta kepada Mu

Cinta ,

Rasa Cinta terhadap Mu terdapat pelbagai rupa,

kadang-kadang rasa itu datang dalam keadaan tangisan,

dalam keadaan gila,

mungkin masih ramai lagi yang tidak tahu akan kelazatan cintaMu,

Namun,

Rahsia Mu haruslah dijaga,

Supaya tidak timbul fitnah kepada hamba-hamba Mu,

Rahsia Mu hanya untuk mereka yang mencari Cinta Mu

sekeping hati..

sekeping hati dibawa berlari,
jauh melalui jalanan sepi,
jalan kebenaran indah terbentang,
di depan matamu PARA PEJUANG,
Tapi jalan kebenaran,
tak akan selamanya sunyi,
ada ujian yang datang melanda,
ada perangkap menunggu mangsa
Ujian MU.....akan ku tabah hadapinya..
INSYAALLAH

Kehendak

Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka seseungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa mengkehendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,seseungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya

Ujian dan AnugerahMu

Segala anugerah yang sesuai dengan hawa nafsumu maka itu adalah UJIAN,

dan segala ujian yang menyalahi hawa nafsumu maka itu adalah ANUGERAH.

Senyuman Mu.

Ukirlah senyuman yang paling manis


Kerana selain sedekah


Senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati


Ia tidak menyakitkan tetapi


Menjadi penawar hati yang sakit

Pegangan ku

Barangsiapa yang menginginkan pelindung,maka ALLAH cukup baginya.Barangsiapa yang menginginkan teladan,maka RASULULLAH cukup baginya.Barangsiapa yang menginginkan pedoman hidup,maka AL-QURAN cukup baginya.Barangsiapa yang menginginkan peringatan,maka KEMATIAN cukup baginya.Dan barangsiapa tidak cukup dengan semua itu,maka NERAKA cukup baginya

Zalimnya Aku

Tuhan,

bagaiman Engkau boleh menyayangi diri ku ini?

sedangkan aku sendiri masih lagi berlaku zalim terhadap diri ku,

dan bagaimana Engkau masih lagi memberi rezeki kepada ku?

sedangkan aku kedekut waktu untuk diluangkan bersama Mu .

Ya Khaliq,sesungguhnya aku adalah hamba Mu yang berada dlam keadaan rugi .

hati...

HATI yang permukaannya licin dan bersih ,didalamnya ada pelita yang menerangi...itulah HATI orang mukmin. HATI yang hitam dan terbalik permukaannya...itulah HATI orang kafir. HATI yang tertutup dan terikat dalam sampul...iaitu HATI orang munafik. HATI yang pipih...didalammya ada keimanan bercampur dengan kemunafikan.....

Monday, November 22, 2010

Diri

Syair Imam Ali ibn Abi Thalib :


Ubatmu terdapat dalam dirimu,


namun kamu tidak menyedarinya,


penawarmu berasal dari dirimu,


namun kamu tidak mengetahuinya,


kau mengira dirimu satu benda yang kecil,


namun dalam dirimu termuat alam yang besar

Tassawuf

Shariat tanpa Tassawuf cacat,

Tassawuf tanpa Shariat sesat.




Moga kata-kata yang bermakna ini dapat menjadi peringatan kepada kita.


Saturday, November 20, 2010

Perasaan Cintaku

Tuhanku!

wahai tuhan yg bersifat Akbar!

aku terdengar hamba-hambaMu menyebut nama Mu

dan aku juga turut mengingati Mu

terima kasih wahai Tuhanku

tidak semena-mena air mataku mengalir

mengalir dalam ingatanku kepadaMu

hanya Engkau yg maujud ketika itu!

tiada lain melainkan Engkau!

perasaan ini luluh kerana Mu

Hanya Engkau!

betapa indahnya perasaanku ketika itu

perasaan yang hanya datang sekali sekala buat hamba Mu yang dhoif ini

sesungguhnya itulah nikmat bagi setiap hamba Mu!

Tuhanku,

Engkau hadirkanlah apa yang aku lalui kepada setiap hamba Mu yang lain juga

agar kami dapat menjadi hamba Mu yang sebenar!

bukan hamba kepada dunia ciptaan Mu ini!

Thursday, November 18, 2010

Perjalanan Hamba Mu

Ya Allah ya tuhanku

alangkah sedihnya hati ini apabila seorang ulama Mu

dituduh dengan pelbagai tuduhan

tidakkah mereka tahu ulama itu gerbang aku kepada Mu?

Tuhanku

kau berikanlah kekuatan kepada para hamba Mu

agar dapat meneruskan perjuang membela agama Mu

berikanlah kekuatan agar kami dapat mengharungi fitnah-fitnah akhir zaman

dan kau berikanlah hidayah kepada sang-sang penuduh agar ditunjuk jalan yang engkau redhai

Munajatku kepada Mu

Tuhanku,
aku terasa semakin jauh daripada Mu
janganlah Engkau menjauhkan ku dari Mu

Tuhanku
aku hanyalah hamba yang lemah
hamba yg dhoif,jahil,fakir dan hina

Tuhanku
apa yg dapat ku lakukan tanpa Mu
aku cuma mengharap agar Engkau perkukuhkan iman ku terhadap Mu

Sesungguhnya
aku adalah insan yg lemah dalam kebesaran Mu
insan yg hina dalam kemuliaan Mu
insan yg jahil dalam kebijaksaan Mu

Sunday, November 14, 2010

Pencarian

Dimalam yang kian menyepi
Aku mencari ketenangan abadi dengan mencariMu
Namun Engkau tidak terlihat oleh ku
Aku terjun ke dasar diriku untuk mencari Mu
Aku masih tidak menjumpai Mu
Setelah sekian lama aku mencari
Aku teringat akan kata-kata Rasul Mu Muhammad
Bahawa Engkau dekat dengan setiap hamba Mu
Itulah kasih sayang Mu yang tidak pernah putus
Ampunilah hamba Mu yang dhoif ini kerana jahil mencari Mu
sedangkan Engkau sentiasa bersama ku

Saturday, November 13, 2010

Riddah

Riddah ialah terputusnya keIslaman dengan sebab kekufuran.Riddah terbahagi kepada 3 bahagian

-Riddah qawliyyah(perkataan) seperti mencaci atau memaki Allah atau para Nabi ataupun Islam itu sendiri walaupun dalam keadaan marah hingga tidak sedar akan perbuatan diri.

-Riddah fi'liyah(perbuatan) seperti melempar mushaf al-Quran ke tempat-tempat yg kotor dan memijak mushaf al-Quran dengan tujuan menghina.

-Riddah qalbiyah(hati) seperti beriktikad bahawa :
contoh :
- Allah itu adalah suatu jisim
- benda atau roh
- bhawa Allah itu bersemayam di Arasy
-Allah itu mendiami di langit


Allah Taala berfirman:
Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku,maka katakanlah Aku dekat.Aku mengabulkan doa orang yg memohon apabila ia memohon kepadaKu.Maka hendaklah mereka memnuhi(panggilan)Ku,dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (Al-Baqarah : 186 )


Allah Taala berfirman:
dan sebenarnya mereka telah mengatakan perkataan kufur dan mereka telah kafir setelah keislaman mereka (At-Taubah : 74 )



Solat Sunat Hari Ahad

Dilakukan sebanyak empat rakaat dengan dua salam pada hari Ahad selepas Solat Zohor.InsyaAllah doanya akan dikabulkan Allah.

Lafaz niat

Usolli rak'ataini sunnatan lillahhi taala

Rakaat pertama

-Al Fatihah
-As-Sajadah

Rakaat kedua

-Al-Fatihah
-Al-Mulk

Fana dalam kewujudan Mu

Wahai Tuhanku

Sesungguhnya aku ingin hilang dari dunia ini

Dunia yang bersifat sementara

Hilang dalam kewujudanMu

Namun aku dirantai oleh nafsu-nafsu ciptaan Mu
Ya Robb

Engkau berikanlah aku kekuatan agar aku dapat menundukkan nafsuku

Agar aku dapat meninggalkan hal duniawi

Kecewa

Tuhanku,

Sesungghnya diriku pernah berasa kecewa,

Walhal mengapa aku mesti merasa kecewa?

Bukankah Engkau tujuan kehidupanku?

Dan bukankah Engkau dekat pada aku?

Cinta Agung

Wahai tuhan sekalian alam
apabila kau meletakkan sedikit rasa cinta terhadap Mu
maka sinarlah segala yang maujud
gilalah daku dalam rasa cinta terhadap Mu
hilanglah daku dalam kewujudanmu
terasa kemanisan cinta Mu
hilanglah segala hal-hal duniawi
yang tinggal hanyalah Engkau
hanya Engkau wahai Tuhan pencinta agung

Friday, November 12, 2010

Air Mata Keinsafan

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi

Rahsia

Wahai Tuhanku
Engkau mengetahui zat rahsiaku
daku sendiri tidak mengetahuinya
tanpa pengetahuanku tentangnya
daku serahkannya kepada Mu
terimalah, terimalah, terimalah
daku tidak hairan
bagaimana Engkau menerima zat rahsiaku
kerana Engkau yang paling rahsia
Pemilik segala rahsia.

Ujian-Nya

Ada yang mengatakan ujian adalah kesusahan pada tubuh badan
kesusahan pada jiwa
apa untungnya Allah menyusahkan jasad dan jiwa
bukankah ia tidak menambahkan keagungan dan kemuliaan-Nya
apalagi Dia Maha Mengasihani Maha Sopan-santun.

Pandanglah ujian dengan hatimu
ujian adalah perbuatan Tuhanmu
bukan untuk menghancurkan tetapi untuk meneguhkanmu
bila kamu memperolehi keteguhan baharu kamu menjadi pilihan
bila sudah lulus dan dipilih
Dia bangga memperkenalkan kamu kepada makhluk-Nya
keteguhan kamu melintasi ujian
menjadi dalil pilihan-Nya adalah tepat
inilah keadilan-Nya.

Ujian ditujukan kepada rohani bukan kepada jasad atau jiwa
tujuannya untuk mengukur tauhid
bukan sekadar untuk kesabaran
apakah nilai sabar tanpa tauhid
bukankah sabar juga bersama si kafir.

Ujian yang diterima dengan iman meneguhkan tauhid
menambahkan kekuatan pandangan hati
tidak berkelip memandang kepada Tuhan
sehingga kepedihan ujian menjadi kemanisan.

Cintaku

Wahai Tuhanku

semakin lama aku berusaha mengenaliMu

semakin jauh aku merasakan diriku pada Mu

aku rindu akan keredaan dan kasih sayang Mu

Ya Robb

berikanlah aku sedikit rasa kasih terhadapMu

aku mengatakan aku cinta pada Mu

sedangkan aku lebih cinta akan hal-hal duniawi

ampunilah segala dosa-dosa ku dan janganlah Engkau

jadikan aku dalam kalangan orang yang rugi

Binaan Islam

Daripada Abdullah bin Umar r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Islam itu dibina atas lima perkara: Mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya; mendirikan solat; menunaikan zakat; menunaikan haji ke Baitullah; dan berpuasa pada bulan Ramadhan."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Perkara yang disebut dalam hadis di atas adalah Rukun Islam, iaitu:
1) Kalimah Syahadah
-Kalimah syahadah yang diucapkan bukan sekadar di mulut tetapi menyebut dgn sepenuh hati, lidah hanya membantu hati membenarkan kata-kata.

2) Mendirikan Solat
-Dirikanlah solat sebanyak lima waktu sehari semalam. Solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isya'

3) Menunaikan Zakat
-Zakat terbahagi kepada dua:
a) Zakat Fitrah
b) Zakat harta

4) Menunaikan Haji (jika berkemampuan)
-Haji merupakan ibadat khusus yang wajib dilakukan di tanah suci Makkah Al Mukarromah

5) Berpuasa pada bulan Ramadhan
-Berpuasa ialah ibadat menahan segala perkara yang membatalkan puasa mulai terbit matahari hingga terbenamnya matahari. Antara perkara yang membatalkan puasa termasuklah makan dan minum dgn sengaja.

Jika kurang satu daripada perkara di atas maka pincanglah islam kita. Bukan semua orang mampu menunaikan haji kerana kesempitan wang,masa dan sebagainya dan oleh sebab itu Allah memberi kelonggaran kepada hamba-Nya. Saya yakin semua orang pasti sudah mengetahui hal ini, saya cuma hendak mengingatkan diri saya dan anda.

Insyallah.





Indahnya Kelompok Orang-orang yang Berzikir

Daripada Anas Bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda:
"Apabila kamu melalui taman syurga, maka ragutlah (perbanyakkanlah zikir untuk mendapat ganjaran))." Para sahabat bertanya: "Apakah dia taman syurga?" Baginda menjawab: "Kelompok-kelompok orang berzikir."

(Riwayat al-Tirmizi)

Haruslah kita perbanyakkan berzikir kepada Allah, dan apabila menemui kelompok orang yang berzikir maka sertailah kelompok itu.

Mencaci Allah

Hukum orang mencaci Allah

Jawapan : Mengikut ijmak ulama bahawa orang yang mencaci Allah adalah kafir walaupun dalam keadaan marah,bergurau atau hati yang tidak lapang

Allah taala berfirman :

Dan jika kamu bertanya kepada mereka (tentang perkara yg mereka katakan itu)tentulah mereka akan menjawab :' sesungguhnya kami hanya bergurau dan bermain-main sahaja .'Katakanlah pada mereka : Apakah terhadap Allah,ayat-ayat Nya dan Rasul Nya kamu boleh memperolok-olokkan?Tidak perlu kamu meminta maaf,sebenarnya kamu telah menjadi kafir setelah kamu beriman
(al Tawbah : 65-66)

Rasulullah SAW bersabda :

Sesungguhnya boleh terjadi seorang hamba mengucapkan perkataan yang memperolokan atau menghina Allah atau syariatNya yang dia tidak menganggapnya bahaya,sedangkan perkataan tersebut akan menjerumuskaannya ke dasar neraka yang hanya untuk sampai kepadanya selama 70 tahun yg hanya diperlukan dan dihuni oleh org2 kafir sahaja.
( Riwayat al Tirmizi)

Tawassul dengan Para Nabi

Apakah boleh bertawassul dengan Para Nabi?

Jawapan : Tawassul dengan para nabi dibolehkan dengan ijmak* ulama.Tawassul ialah memohon kepada Allah akan kedatangan sesuatu manfaat atau penghindaran sesuatu musibah dengan menyebut nama seseorang nabi atau wali untuk memuliakan merekaa disertai iktikad bahawa Allah sahajalah yg memberikan manfaat dan musibah.Lahaulawalaquwwataillabillah

Allah Taala berfirman :

Kamu carilah perkara-perkara yg mendekatkan dirimu dengan Allah
(Al Maidah : 35)

Dalam Hadis yg diriwayatkan al Tabrani

terdapat suatu peristiwa di mana bahawa Rasulullah SAW mengajar seorang yg buta bertawassul dengan Baginda.Setelah orang itu bertawassul dengan Rasulullah SAW,maka Allah mengembalikan penglihatannya semula.Subhanallah.


*ijmak = kesepakatan

Hikmah Penciptaan

Apakah Hikmah penciptaan manusia dan jin?

Jawapan : Untuk diperintahkan oleh Allah supaya beribadah kepadaNya

Allah Taala berfirman :

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembah Ku
(Al Zarriyat: 56)

Rasulullah SAW bersabda :

Hak Allah ke atas para hamba hendaklah mereka beribadah kepadaNya dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu pun
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Thursday, November 11, 2010

Solat Sunat selepas Solat Jumaat


Dilakukan sebanyak 2 rakaat selepas Solat Jumaat

Usalli sunnatal Jum'ati raka'ataini baqdiatan lillahi ta'ala

(Sahaja aku solat sunat Jumaat dua rakaat kemudiannya kerana Allah taala)

Rakaat Pertama

-Al Fatihah
-Al Kafirun

Rakaat Kedua

-Al Fatihah
-Al Ikhlas

Fardhu Ain

Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu agama yang hukum mempelajarinya fardhu ain?

jawapan: Setiap mukallaf diwajibkan mempelajari sesuatu kadar ilmu agama yang dia perlu yang terdiri daripada akidah,bersuci,solat,berpuasa,zakat bg org yg wajib mengeluarkannya,haji bg yg berkemampuan,pengetahuan tentang maksiat2 hati,tangan,mata dan sebagainya.

Allah Taala berfirman :

Katakanlah (wahai Muhammad) tidaklah sama orang yg mengetahui dan orang yang tidak mengetahui.(Al Zumar : 9 )

Rasulullah SAW bersabda :

Menuntut ilmu agama (yang teras)adalah wajib ke atas setiap Muslim.
(Al Baihaqi)

Dia dan kita

Jika kita hidup didunia ini tanpa berpegang pada kalimah

Lailahailallah Muhammad dur Rasulullah

maka kita hanyalah seperti Jasad yang tiada Roh

Sungai yang tiada Air

Bumi yang gersang tanpa mineral2 dan tumbu2han

Apa yang mampu kita lakukan tanpa Dia?

Lahaulawalaquwwataillabilllah

Dan kenapa kita kurang meminta sesuatu daripada Dia?

dan lebih suka meminta kepada makhluk?

bukankah Dia telah berfirman

Ud uni astajib lakum

Dan kenapa kita sering meminta perlindungan daripada makhluk selain daripada Dia?

Hasbu nallah waniqmal wakil

Semoga kata2 diatas boleh menjadi panduan dan renungan bersama

InsyaAllah


Ilmullah

Ilmu seseorang itu diukur

bukanlah dengan melihat guru yang mengajar

bukanlah dengan melihat kitab

dan bukanlah juga dengan melihat madrasah tempat belajar

tetapi lihatlah kepada seberape banyak Allah berikan

-Lemah lagi Hina