(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Perkara yang disebut dalam hadis di atas adalah Rukun Islam, iaitu:
1) Kalimah Syahadah
-Kalimah syahadah yang diucapkan bukan sekadar di mulut tetapi menyebut dgn sepenuh hati, lidah hanya membantu hati membenarkan kata-kata.
2) Mendirikan Solat
-Dirikanlah solat sebanyak lima waktu sehari semalam. Solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isya'
3) Menunaikan Zakat
-Zakat terbahagi kepada dua:
a) Zakat Fitrah
b) Zakat harta
4) Menunaikan Haji (jika berkemampuan)
-Haji merupakan ibadat khusus yang wajib dilakukan di tanah suci Makkah Al Mukarromah
5) Berpuasa pada bulan Ramadhan
-Berpuasa ialah ibadat menahan segala perkara yang membatalkan puasa mulai terbit matahari hingga terbenamnya matahari. Antara perkara yang membatalkan puasa termasuklah makan dan minum dgn sengaja.
Jika kurang satu daripada perkara di atas maka pincanglah islam kita. Bukan semua orang mampu menunaikan haji kerana kesempitan wang,masa dan sebagainya dan oleh sebab itu Allah memberi kelonggaran kepada hamba-Nya. Saya yakin semua orang pasti sudah mengetahui hal ini, saya cuma hendak mengingatkan diri saya dan anda.
Insyallah.
No comments:
Post a Comment