wahai tuhan yg bersifat Akbar!
aku terdengar hamba-hambaMu menyebut nama Mu
dan aku juga turut mengingati Mu
terima kasih wahai Tuhanku
tidak semena-mena air mataku mengalir
mengalir dalam ingatanku kepadaMu
hanya Engkau yg maujud ketika itu!
tiada lain melainkan Engkau!
perasaan ini luluh kerana Mu
Hanya Engkau!
betapa indahnya perasaanku ketika itu
perasaan yang hanya datang sekali sekala buat hamba Mu yang dhoif ini
sesungguhnya itulah nikmat bagi setiap hamba Mu!
Tuhanku,
Engkau hadirkanlah apa yang aku lalui kepada setiap hamba Mu yang lain juga
agar kami dapat menjadi hamba Mu yang sebenar!
bukan hamba kepada dunia ciptaan Mu ini!
No comments:
Post a Comment